Saturday, April 18, 2009

Gambar dalam PWTC

Nie bila dah abis round-round kat dalam tue.. sempat ambil beberapa keping gambar, sebelum beredar pulang. Gambar blur sebab tak bawa kamera Dslr Canon, malaih nak galas ramai-ramai orang nie. Bawa kamera yang hidup segan, mati tak mau tue... he... he.. he..

Pesta Buku Antarabangsa

Hari nie hari ke-2 Pesta Buku Antarabangsa berlangsung kat PWTC. Sebenarnya panjang lagi masa dia sampai minggu depan. Tapi aku nie mana boleh tunggu lama-lama. Tambahan plak dah dok kat KL nie, tak cenang duduk dibuatnya. Kalau boleh dari semalam lagi nak pegi. Tapi sian kat hubby, semalam kan keja. Motif kenapa aku pegi awal-awal... ha sebabnya nanti banyak buku yang aku list down habis stok. (Ye ke abis stok... ;)..semuanya alasan ha...ha.. Orang punyalah ramai, ramai dengan budak sekolah. Bila dah masuk kat dalam tue.. berhimpit-himpit bila nak pegi booth penerbit buku. Aku pegi beberapa tempat aje.. malas lah nak jalan abis semua, pening tau kepala cheq nie ;) Muka yang lawa-lawa touch-up, abis minyak-minyak panas le.. air-cond dia tak rasa. Aku dapat beli 10 buah novel dan 1 aje buku masakan. Kenapa buku masakan 1 aje.. sebab aku dah beli sebelum nie kat tempat alaf ari tue. Hubby, duit I dah abis le beli novel... hu..hu.. Hubby suruh simpan resit nak claim income-tax nanti. Ingat nak pegi lagi hari terakhir. Mana tau kan kot-kot ada lelong.
Booth KarnaDya

Bersama penulis novel Matahariku, Aina Emir

Bersama penulis novel Bila Dah Suka, Mimie Afinie

Nielah buah tangan yang dibeli.. (agak-agak berapa ari blh abis nie)

p/s: Tolong abaikan gambar muka aku yg berminyak tue yea..sbb kat dlm tue panas le... ramai orang plak tue.

Thursday, April 16, 2009

Onde-onde / buah melaka

Yuhuuuu... ari nie aku buat kuih untuk minum petang, namanya kuih buah melaka tapi ada juga orang memanggilnya onde-onde. Ini salah satu kuih favourite time bulan puasa. Tapi yang tak tahannya bila nak uli kecik-kecik macam guli tue. Penatle juga jari jemari nak menggetel, nak makan punya pasal ku korban apa saja ...ha..ha... Bukan tak mau beli masalahnya sikit sangatlah
Satu bungkus ada dalam 5 biji dah rm 1.50. Mahal tue, kalau sekali makan dah 20 biji maunya berapa hinggit nak kena beli. Buat sendiri kan makan lagi puas. Lagi satu tak suka sebab dia buat besar sangat nak makan pun rasa geruuunn. Boleh tercekik di buatnya. He..he..Kalau nak resepi minta maaf le sebabnya masa buat tue tak ada sebarang sukatan. Semuanya main campak-campak aje. Tup-tup tengok dah siap boleh ngap.... I Likeeeee...

Thursday, April 9, 2009

Bookaholic...

Sejak dari dulu lagi aku gemar sangat membaca, terutamanya novel-novel melayu. Rasanya aku dah mempunyai koleksi yang banyak. Impian aku nak buat satu library bila duduk kat rumah sendiri nanti.Aku selalu dengar orang kata baca novel nie asyik citer dia sama, bercinta, putus cinta, kahwin, cerai dan kebanyakkan berkisar dari kehidupan kita sekarang. Anggapan itu salah sebenarnya,malah ada juga novel yang menyentuh tentang keimanan, keagamaan dan ketakwaan pada-Nya. Tidak sama setiap cerita di terjemah dan di sampaikan yang penting penghayatan si pembaca itu. Apa pun terpulang pada kita semua.Selain dari novel aku ada juga membeli majalah yang harus dibaca tiap-tiap bulan dan juga buku-buku agama untuk menjadikan panduan dalam meneruskan perjalanan hidup ini. Supaya kita sentiasa beringat dan bersyukur pada-Nya dan jangan terlalu leka akan nikmat yang diberi.Banyak sebenarnya panduan yang dapat kita perolehi dengan membaca nie. Pendek kata apa saja buku yang dapat memberi ilmiah pada aku pasti tak ketinggalan untuk perolehinya. Kalau aku masuk aje kedai buku memang tak sah kalau keluar tanpa beli sebuah pun. Tak kisah berapa banyak wang yang telah aku laburkan, tapi yang penting aku beli sesuatu benda yang paling berguna dalam hidup aku. Masa pun tak terbuang begitu sahaja, dan kalau nak tahu dalam handbag aku mesti ada sebuah buku. Dan aku sering tertanya-tanya dah berapa banyak agaknya buku yang telah aku baca hingga ke saat ini. ???? Erm.. yang pasti hujung minggu nie dari 17 April - 26 April nie akan berlangsung Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC. Itu sudah semesti harus aku jejaki. Dah bagitau kat hubby awal-awal lagi. Yea... bestnya..hubby dah bagi duit untuk beli buku. Tunggu yeaaa...

Wednesday, April 8, 2009

Roti sardines with bread crumb

Semalam aku buat biscotti untuk minum petang, hari nie aku buat roti sardines plak. Makan panas-panas memang sedap. Nie adalah salah satu dari favourite aku dan juga hubby. Sebenarnya bukan susah pun nak buat, dalam beberapa minit aje dah siap boleh dimakan. Kalau nak jamu tetamu datang rumah pun ok juga, tapi kalau nak lagi sedap buat inti ayam atau daging lagi ummphh. Bergantunglah pada selera masing-masing yea. Aku nie bukanlah expert sangat dalam bab masak-memasak nie. Sebab ada orang yang lagi mahir dan berpengalaman.
Resepi roti sardin nie simple saja, mana tahu kakak2 n adik2 nak buatkan.
1) Nak buat bread crumb ( serbuk roti) tue bakarlah 3 keping roti gardenia dalam oven sampai keras, kemudian blender kasar.
2) Sardin hancurkan dan masak dahulu, masukkan air asam jawa sikit dan secubit garam. Biar sampai kering.
3) Roti gardenia 1 keping di potong 4, letakkan sardin dan dikapit dua. Celup dalam telur, lepas tue golekkan atas bread crumb.
4) Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan. Lepas tue dah boleh ngappp he..he..
Selamat mencuba ;)


Roti sardin, diminum bersama nescaffe tarik dan teh o' panas

Tuesday, April 7, 2009

Biscotti oh Biscotti....

Aku hari nie, terlebih rajin.. tak pernah-pernahnya buat benda alah nie. Tup-tup rasa teringin plak nak makan. Benda alah apa he..he.. Biscotti namanya. Biskut mat salleh kot agaknya. Dulu selalu makan bila pegi minum-minum kat coffee bean atau secret receipe. Selalunya dia susun cantik aje dalam balang kaca. Tengok pun berselera nak makan. Bila makan Biscotti nie kenalah minum dengan air nescaffe, milo atau teh baru ada ummmpphhh. Biskut dia keras, kalau gigi tak kuat tue baik-baiklah sikit kang tertanggai gigi sapa yang susah. Biscotti aku nie namanya biscotti chocolate chip. Kalau nampak hitam-hitam tue, jangan plak kata hangit. Tue chocolate chip bila dah bakar dia jadi macam tuelah. Dah makin banyak yang aku belajar buat sendiri sekarang nie. Bila dah tengok hasilnya memang rasa best sangat. Tak sia-sialah tiap-tiap hari dok mengadap depan pc cari resepi. Kenapa yea, aku tak ambil course masak-memasak dari dulu lagi. Nie pie ambil IT, he..he tak pelah aku doakan semua yang aku lakukan diberkati oleh-Nya, Amin...amin...amin. Resepi nie aku ambil kat FP kak rinchan. Kalau sapa-sapa nak resepi nie boleh melawat kat situ yea. {Kak rin, halalkan segala resepi yg saya ambil kat FP akak yea ;) }

Friday, April 3, 2009

Baby Adeeb..

Masa tgk Adeeb nie ketika hari pertama dia dilahirkan. Lama jugalah hampir 3 bulan. Mak Adeeb nie cousin aku. Anak buah hubby pun namanya Adeeb juga. Geram tengok. Suka sangat tengok gelagat baby yang comel-comel nie. Kalau boleh nak suruh maintain kecik je tak yah besar-besar. Hu..hu baby Adeeb nie dah pandai sembang-sembang bila agah dia. Suara boleh tahan kuat, senyuman dia yang paling cute sebabnya ada dua lesung pipit kat pipi. Nie gambar Adeeb tidur, letih orang dok dukung masa time kenduri aunty dia. Mak tok siap buat baju melayu lagi kat Adeeb. Tengok a' letih tidur sampai ternganga mulut. Best sangat dukung n peluk-peluk Adeeb nie. Rasa macam tak nak lepas dia aje.

Wednesday, April 1, 2009

Happy Birthday makngah ;)

Nie birthday makngah aku aka mak kepada pengantin perempuan dan kakak pada mak aku juga. Kebetulannya majlis akad nikah anak perempuan dia tarikh yang sama dengan kelahiran mak dia. So kita orang buat lah sikit surprise untuk makngah , bukan selalukan. Dia terkejut sangat tak sangka semua orang ingat birthday dia, yelah kan masing-masing sibuk ari tue. Bestlah dapat makan kek secret receipe, i likeeee.. kami doakan makngah di panjangkan umur, diberikan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki, dan sentiasa di berkati oleh-Nya. Lagi satu maintain jadi nenek glamour tau ;) Rupa-rupanya balik dalam tempoh yang sekejap nie pun banyak betul program yang sempat aku n hubby hadir bersama untuk memeriahkan suasana yang ada. Nie yang buat rasa macam tak mau balik. I love U allllll...... muah...muah...muah...

Yang potong kek tue le mak ngah

Cheese cake

Chocolate Indulgence (mcm salah spelling je)

Berkebun byk manfaatnya ...

Balik rumah mak aku baru nie, terkezut tengok penuh keliling pagar mak ngan ayah tanam cili dengan kacang bendi. Rajin bebenor le mereka nie. Ah! sapa suruh lama-lama sekali nak balik kampung.Minta maaf mak banyak betul perkara-perkara yang berlaku sejak 2 menjak nie. InsyaAllah lepas nie akak rajin-rajin balik yea. Bestlah tengok semuanya dah keluar buah. Siap masak kari utk lunch pun dah boleh petik cili hijau kat pokok, fresh lagi sebab tak letak sebarang racun pun. Makan pun tak rasa was-was. Nampaknya aku pun nak tiru macam mak ngan ayahla, nak kena start berkebun. Sapa kata duduk kat taman perumahan tak boleh berkebun. Macam-macam kaedah ada, cuma rajin dengan malas aje sebenarnya. He..he... Sekarang nie banyak betul makanan yang diletak macam-macam benda, tak tahu halal haramnya, dan juga yang boleh memudaratkan kesihatan. Tuelah pasal sekarang penyakit pelik-pelik yang kita dengar. Sebab itulah aku ngan hubby memang dah jarang makan kat luar lagi. Kalau nak keluar pasti masak dan makan siap-siap kat rumah. Bukannya kedekut, tapi jangka masa panjang kita tak tahu. Mencegah lebih baik dari mengubati. Bila dah kena apa pun dah tak guna. Duit banyak bertimbun tinggi gunung pun dah tak ada maknanya... hu..hu.. So marilah kita berbudi pada tanah, pasti dapat hasilnya. Tak caya tue kat bawah ;)

Cousin Wedding...

Hujung minggu baru nie aku ngan hubby balik ke Penang. Dah lama tak balik lebih kurang 2 bulan tau. Lamalah tue... rindu sangat dengan mak n family. Aku bertolak dr KL hari Jumaat lepas hubby balik keja dan stay kat sana sampai hari Selasa. Kebetulannya hari Sabtu tue majlis akad nikah cousin aku yang tinggal kat Sg Petani. Bestlah meriah sekali, alhamdulillah majlis tue berjalan lancar sehingga selesai. Cousin aku nie kahwin dengan orang Kuantan, Pahang. Jauh tue... lepas kahwin nie hari Selasa dah kena balik ke Kuantan sebab dia dapat keja kat sana. Kami doakan semoga kekal bahagia hingga ke akhir dan menjadi seorang isteri yang solehah amin..amin... Aku stay kat sini sampai majlis selesai. Bila time kenduri nie yang best sebab dapat jumpa ramai sanak saudara. Nanti keluarlah macam-macam citer, tapi minta maaf ye tak ada satu yang ke arah buat ketupat ( dosa tau)...He..he.. Semuanya citer tentang life masing-masing. Aku suka make-up dia very natural, nice aje tengok. Tak adalah macam setengah tue make-up bukan main over.. Cuba tgk kat bawah ;)

Tgk apa tue cik kak!!