Tuesday, November 25, 2008

Kuih Talam Nyonya......

Ini aktiviti aku time weekend baru nie. Hobi aku nie memang suka masak-memasak, bakar-membakar. Tapi belum lah sampai ke tahap pro lagi... Erm.. tapi mana tahukan satu hari nanti kalau ada rezeki aku.. he... he.. Kuih kat bawah nie namanya kuih talam nyonya..rasanya sedap bangat. Kuih nie boleh buat mcm2 perisa, kali nie aku buat perisa coklat. Resepi nie aku main rembat aje yang makcik aku punya. Dia buat bisnes kuih yang spesisnya jenis2 talam. Cakap aje nak talam apa semua dia boleh buat... he...he..Bisnes adik-beradik. Mak ngah, mak long halalkan yea resepi nie... Kalau nak cuba nanti aku kasi resepinya.


Nah... disebabkan aku nie rajin sesangat duduk kat dapur..Hubby aku download kat aku game masak memasak... Kononnya nak test skill akulah.... ha...ha... macam nie pun ada..... Gred aku tue.....


RumahKu SyurgaKu.......

Tup...tap... tup tap.. dah nak masuk bulan December.. bilalah agaknya aku nak dapat kunci rumah baru nie. Janji kata nak dapat bulan Dec tapi tak ada apa-apa khabar berita pun. Jangan postpone lagi sudah. Duit dah bayar.... bila balik tengok semua dah siap... jalan, trafic light, longkang... bla...bla... yang sama waktu dengannya. Ini lah rumah ke-2 aku dan hubby...Cantik tak....!!!!???? Masa beli tue tak tahu plak hubby dapat keja kat KL. Sekarang dah stay kat KL. Nak jual hubby kata tak yahlah, sayang nak dapat harga yang berpatutan dan lokasi yang menarik. Nampak gayanya rumah nie jadi rest houselah bila siap nanti.

Ha... ini pulak rumah aku yang 1st, ini gambar decoration dalam rumah. Rumah flat aje... rumah flat pun rumah sendiri tau. Aku dan hubby stay kat sini selepas 3 bln kita org kahwin. Cantik tak.....!!!?? Aku stay kat sini lama sgt, so rasa sayang dengan rumah nie. Banyak kenangan antara aku dgn hubby.He...he... Rumah nie masih ada lagi... susunannya pun masih sama. Kalau balik Penang inilah rumah penginapan kami selain daripada rumah mak . (Rumah mak wajib kena tidur) He... he.. Mungkin tak lama lagi selepas dapat kunci rumah baru, rumah nie terpaksa dijual. Huk...huk... sayangnya dgn rumah nie... Segalanya bermula disini.................


Friday, November 21, 2008

Thursday, November 20, 2008

Koleksi yang ke-350

    Lamanya aku tak update blog nie. Nasib baiklah tak bersawang lagi , he... he.. Bz sikit 2, 3 ari nie... bz nak abiskan koleksi novel aku yang ke-350 nie. Tahniah!!! pada penulis Hezzy Azra sedap sangat jalan citernya...aku khatam sampai 3 kali. Kadang-kadang ada org kata baca novel nie story dia sama saja balik-balik bercinta, putus cinta, kahwin, dan bla...bla... bla.. Tapi bagi aku satu kepuasan bila dapat menghayati bait-bait indah yang di tulis didalamnya. Nak kata aku nie jiwang, aku bukannya pandai dalam bab-bab madah berhelah nie... yang penting baca nie dapt menghilangkan rasa stress dalam diri. Oklah tueee........


Saturday, November 15, 2008

Picture Of The Week

Cuti sekolah bermula.........

Bila cuti sekolah bermula banyaklah jemputan majlis perkahwinan yang di terima. Kadang-kadang satu ari sampai 3, 4 jemputan. Sampai tak tahu yang mana satu nak pegi. Kalau yang dekat boleh pegi (alamat dapur pun tak berasap )tapi kalau yang jauh tue faham-faham ajelah.
Ada sekali tue aku dan hubby balik dari Penang ke KL rasanya time cuti sekolahlah. Kami ikut jalan lama saja nak berubah angin, nak tahu tak sepanjang perjalanan tue aku kira lebih kurang 80 majlis perkahwinan dilangsungkan... Itu secara rambang aje... yang aku nampak kat tepi-tepi jalan. He... he.. yang aku tak nampak tak tahulahkannnn.....

Erm... adik aku pun sama buat majlis kahwin dia time cuti sekolah juga. Majlis nie berlangsung pada bulan May yang lepas... Pengantin lamalah... he.. he.. hu..hu.. Majlis dilangsungkan di Dewan Masyarakat Budi Penyayang Kepala Batas, Pulau Pinang. Nie adik aku yang bogsu ramailah tetamu yang datang... Adik, akak doakan semoga kekal bahagia hingga ke akhirat hayat dan jadilah seorang isteri yang solehah... Aminnn.... Jom kita zasssssssssssss......



Friday, November 14, 2008

Aquaria KLCC.....

Sebenarnya pic nie tahun lepas punya. Masa aku dan hubby gie Aquaria, aku dapat tiket separuh harga masa beli barangan Body Shop. Kalau ikutkan hati memang malas nak pegi... tapi nanti org tanya at least bolehlah citer yang aku pernah pegi pun.... Aku memang tak gemar dengan binatang yang kecil-kecil nie. Tapi kalau suruh aku bela ikan itu aku minatttt sangat. So jom layannnn........



Thursday, November 13, 2008

Eeee Seronoknyaaaa........

Wah... seronoknya ari nie pada ibu bapa yang anak-anak mereka berjaya dalam peperiksaan UPSR. Tahniah!! terima kasih, thank you, syukron, arigato gozaimas dia atas segala jasa dan pengorbanan yang dikau berikan selama ini. Begitu juga pada guru-guru di mana saja dikau berada. Teringat aku masa dulu-dulu time nak ambil result, malam sebelum tue mesti dah tak dapat lelapkan mata lagi. Agaknya adik-adik pun mengalami situasi yang sama seperti aku. He... he... he

Anyway... aku nak ucapkan TAHNIAH!! buat adik ipar aku Nur Aiza Bt Hj Kamaruddin kerana berjaya mendapat result yang cemerlang 5A. Semoga makcu Aiza berjaya dan terus berjaya di masa akan datang. Amin!!!......dan menjadi contoh buat anak-anak buah makcu Aiza. Buat mummy dan ayah... seronok dan bahagianya melihat semua anak-anak berjaya. Jasa dan pengorbanan kalian akan dikenang hingga ke akhir hayat...

Pada adik-adik yang kurang berjaya, jangan putus asa. Ini baru permulaan, bangun dan mulakan dengan azam yang baru. Ok cuba lagi.... line clearrrrrrrrrr......

Wednesday, November 12, 2008

Misi Sudah Berjaya......

Erm... akhirnya dapat juga siap blog aku sendiri he.. he.. Tapi sorry yea blog nie tak lah sehebat blog kawan-kawan yang lain. But aku berjaya juga menghasilkannya setelah sekian lama bersawang tak pernah di update. Thanks to my hubby... dia yang banyak tolong tunjuk kat aku bab-bab edit mengedit nie. Thanks yea laling... jasamu ku kenang hingga ke akhir hayat.

Misi aku yang ke-2 , aku dan hubby berjaya tempah tiket pergi ke Bali dan Bandung.Yea...jom jalan-jalan .Sanggup tidur lambat gara-gara nak dapat tiket Air Asia 500,000 tpt duduk percuma tanpa "charge bahan api". Tak kisah hubby tahun depan pun tak pe janji ayang dapat pegi makan angin... dah lama rasa dok makan asap aje....he...he... Ke Bandung aku dan hubby buat rombongan Cik Kiah... ada abg long, kak long, apis dan azim. So..tunggulah citer tue tahun depan yea... Tak lama dah....

Ok nampaknya abis sudah, nanti senang-senang kita sambung lagi yea... oklah tue.....

Tuesday, November 11, 2008

1st Entry.....

Salam......
1st time belajar-belajar buat blog sendiri. Sebelum nie asyik menjelajah blog kawan-kawan aje. Harap-harap lepas nie bolehlah kita kunjung-mengunjung antara satu sama lain yea. Selalunya 1st entry nie tak ada citer sangat. So tunggu yea... kejutan akan berlaku....................Salam perkenalan.......