Tuesday, March 31, 2009

Menang yea.. bestnya....

Bulan March berapa kerat aje aku update blog nie. Kali nie baru lah tahap kemalasan melampau. Hubby kata dah buat penat-penat tak nak update plak. Entah sejak 2 menjak nie bz sangat he... he.. bz dengan kawan-kawan kat facebook sebenarnya. Dan banyak le keja kat rumah nie nak dibuat...Laling!! nie dah update blog jangan lupa nak baca yea..Oklah kita layan aje apa yang nak diceritakan disini. Minggu lepas aku dapat surat dari magazines Cosmo kata aku menang hamper produk Garnier RM 250. Best bangat.. sebab first time menang contest. Sebelum nie dah berpuluh hantar tak pernah nak berjaya. Alhamdulillah rezeki aku, nie yang buat aku bersemangat nak masuk contest lagi... Ha.. ha.. larilah budget aku tiap-tiap bulan nak beli setem dgn poskad, ( cheq bukan kedekut na). Aku tak pakai produk Garnier sebenarnya, muka aku sensitip yang amat. Nasib baik dia bagi produk semuanya losyen untuk sapu kat badan dan pewarna rambut itu ada peluanglah nanti cheq nak pie dye rambut. Ok kan laling :)...

Ini surat yang Cosmo hantar..

Ini hadiah yang menang

Friday, March 13, 2009

Vitamin oh vitamin...

Pernah dengar tak dengan vitamin Evening Primrose (EPO), sebelum nie aku memang ada makan tapi selalunya tak kosisten. Bila teringat nak makan, baru makan. Kalau lupa buat dek" aje. He.. he... Tapi kali nie aku dah tak boleh lupa lagi kena makan tiap-tiap hari. Sebenarnya EPO nie banyak khasiatnya antaranya melegakan ekzema, tumit merekah, legakan kulit kepala yang gatal, perbaiki rambut yang rosak dan kering,mengurangkan garis-garis halus dan berkedut tapi yang paling utama ialah mengurangkan simptom sebelum period serta aturan kitaran period menjadi teratur. Tiap-tiap kali aku pegi buat medical check-up doktor mesti bagi EPO nie. Sebelum nie aku makan yang 500mg, mulai minggu lepas aku dah mula makan yang 1000mg. Beli aje kat pharmacy macam-macam jenama ada, yang penting HALAL. EPO ini hanya dikhaskan untuk wanita sahaja. Kalau sesapa yang tak tahu EPO tue macam mana, ha tue ada gambar dia kat bawah...

Kapsul evening primrose

Selain dari EPO aku ambil spirulina sama, dulu time keja selalu beli spirulina nie kongsi dengan officemate. Bukan tak mampu nak beli tapi banyak sangat takut nanti tak habis. Dulu makan jenama Elken, tapi sejak 2 menjak nie dah tinggal lama spirulina nie. Kebetulan baru-baru nie rasa macam pusing-pusing aje kepala nie,mana tahu nanti tekanan darah rendah ke. Doktor kata ok semuanya stabil erm.. doktor kata mungkin letih kot. Kena banyak berehat... tiba-tiba aku terbaca tentang artikel spirulina nie. Banyak khasiatnya, bagitau hubby terus aje pegi beli. He..he.. sayang abg..Pharmacy pun banyak juga jual spirulina nie, macam-macam jenama. Tapi aku makan yang Cosway sebab biras aku Aida memang dah lama makan so thanks Aida. Kak Yanti dah beli.Khasiat spirulina antaranya menguatkan sistem ketahanan badan, mengurangkan tahap kolesterol, lancarkan fungsi penghadaman, lindungi badan daripada masalah kurang darah, menggalakkan kulit yang sihat berseri dan menggalakkan proses detoksifikasi badan. Boleh makan seisi keluarga dan pil dia warna hijau macam kat bawah.


spirulina

Sunday, March 8, 2009

Jalan-jalan hujung minggu

Minggu niekan cuti panjang, 3 ari saja he..he..aku dan hubby memang dah decide tak nak gie mana-mana. Nak jalan dekat-dekat dengan rumah aje. Nak balik Penang pun nanti hujung bulan nie nak balik lagi sebab ada cousin kahwin. Duduk rumah masak, makan itulah keja aku ngan hubby, petang-petang sikit baru gie pusing-pusing shopping complex. Kenapa pegi situ sebabnya... kalau hujan tak basah, kalau panas ada air cond freee... Ha..ha.. Kebetulan pulak makcik dan cousin aku datang dari Penang, dia pegi lepak rumah makcik aku yang tinggal kat Keramat Permai tue. So.. aku ajaklah depa nie gie pusing-pusing Ikea. Sebut pasal Ikea nie, hurmm.. letih betullah orang punyalah ramai, nak masuk parking pun susah. Last-last parking kat Tesco, masuk melalui The curve pegi Ikea. Bila dah sampai Ikea satu hal pulak nak berhimpit-himpit kat dalam tue, pening betul kapla den. Macam Ikea tue nak kasi barang free aje, berpusu-pusu orang masuk. Kalau ikutkan hati aku dan hubby dah malaih nak masuk rasa macam nak patah balik aje. Tapi sian plak kat makcik dan cousin aku tue. Dah sampai tak masuk nanti balik Penang dok termimpi Ikea he...he.. Aku tak beli apa pun beli tupperware 5 beradik dgn bakul laundry.. Murah aje kalau mahal tak bisa dong... Bila dah pusing-pusing tue perut plak lapar, nasib baiklah hubby yang baik hati beratur awal-awal lagi nak beli curry puff. Dia tahu ayang dia lapar....suami mithali. Semalam dah pusing JJ AU2, ari nie Ikea.. esok hubby kata nak duduk kat rumah .. ye ke.. boleh caya ke.. nanti kita tengok yea...
kat showroom bilik tidur Ikea

Ini kat showroom dapur Ikea

Showroom ruang tamu Ikea

Thursday, March 5, 2009

Nyum..nyum..

Hari nie terover rajin skit, maka adalah menu untuk minum petang. Kalau tak harap faham-faham ajelah makan roti cicah ayaq le jawabnya. Aku ambil resepi nie dalam blog maklang Azie. Sedap sangat tart nie.. rasanya dah kali ke-3 aku buat. Kalau dah start makan memang rasa tak boleh nak berhenti nak lagi dan lagi... He..he.. Dulu aku nie mana reti nak buat semua benda alah nie. Nak makan main beli aje. Tapi sejak 2 menjak nie setelah menjelajah dari satu blog ke satu blog dan fotopages. Rupa-rupanya banyak betul resepi yang menarik dan sedap bangat. Itu yang membuat hatiku nie ingin mencuba. Tambah bersemangat bila sekali buat terus menjadi. Semangat tue datang berkobar-kobar.Wah ayat skemanya... Minggu nie cuti panjang sikit sempena Maulidur Rasul. So far aku dgn hubby tak plan nak gie mana lagi. Dengan musim hujan, tidoq kat rumah lagi syiok he..he.. Tengoklah rasanya dimana kaki nie melangkah di situlah destinasi percutian aku dan hubby. Tapi rindu pulak dekat mak dan family di Penang. Asyik dengar suara aje kat tepon nie. Apa pun kita sama-sama nantikan.....

Tart Coklat badam