Friday, January 15, 2010

Aktiviti sepanjang Dec 2009

Nampak gayanya terpaksa bercerita dlm sekali nafas ajelah.. ambik ko sapa suruh tak update berbulan-bulan. He..he. .. diri sendiri yg susah .. 1st of all "HAPPY ANNIVERSARY -yg pertama untuk blog nie.. Tak sangka dah sethn .. cepatnya masa berlalu.. Jom kita mula dgn aktiviti pertama dulu..

11 Dec 2009 ( Family Day Hubby site )

Boleh dikatakan best jugalah kat sini , sbb tak pernah sampaikan so environment dia mmg segar dikelilingi dgn pokok2 hutan dan paya bakau seolah-olah mcm perkampungan kecil .Perjalanan dr jln besar nak masuk ke resort nie lebih kurang 7km. Tapi PD best lagi hu..hu.. Terima kasih Apis kerana membooking resort nie utk adik-beradik lepak-lepak, BBQ ,beristirehat dan beramah mesra. Cuma sayangnya tak ada satu lagi family iaitu En Hisham n Pn Noraida, kerana Sham pegi outstation. Kalau tidak lagi meriah dgn keletah anak-anaknya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. dan happening next time 2010 kita back to PD semula... Terima kasih pada semua yg terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung... ;) Have a wonderful time together...

2010

Alhamdulillah.. di beri kesempatan sekali lagi untuk menikmati tahun baru dengan cabaran yg baru, semangat yg baru, azam yg baru, matlamat yg baru dannnn pendek kata semua yg baru... Sejauh mana dapat bertahan semua ini akan bergantung pada individu tersebut kannn. Memang sesungguhnya dah lama tak update blog nie. Busy yang mmg betul busy dan kadang-kadang tak busy tapi di sengajakan membusykan diri. Rasanya blm terlambat nak ucapan 'Selamat Thn Baru' pada kawan-kawan yg sudi menjengah blog saya yg tidak seberapa ini ...he..he..

Terkezuttt tgk ramainya kengkawan2 yg dah melawat blog My Love, My Heart , My Soul .. terima kasih semua... InsyaAllah lepas nie dgn tekad dan azam yg baru saya akan merajinkan diri untuk mengupdate blog ini sekurang-kurangnya 1 minggu sekali.. Ok kan... :)

Bila sampai thn baru masing2 ada saja azam untuk thn baru.. Doa saya thn 2010 nie biarlah dilalui dgn berita-berita kegembiraan dan kejayaan.Apa yg saya lakukan mintalah di beri keredhaan oleh-Nya. Moga-moga tahun nie juga Allah mengkabulkan doa untuk saya serta suami memperolehi zuriat, rasa terngiang-ngiang di telinga dgr suara baby nangis, gelak ,rindu sangattttt,...ya Allah kau berilah kami berita kegembiraan itu ya Allah.. amin ya rabbal alamin...

2010 Happy New Year

Friday, September 4, 2009

Ramadhan dtg lagi 2009

Alhamdulillah syukur padaMU kerana tahun ini saya berpeluang sekali lagi untuk menyambut bulan Ramadhan dan mengerjakan solat terawih. Seronok kan bila tiap2 kali kita berpuasa, rasa suasananya pun berlainan dgn hari-hari biasa. Inilah diantara nikmat yang diberikan oleh Allah. Kebetulan 1 ramadhan kali ini best sangat sebab dapat berbuka, bersahur dengan family.. dpt plak makan masakan dr air tangan ibu. Fuhhh mmg best betul. Mak siap tanya lagi nak makan hari ini, saya sayang sangat dekat mak...kalau mak tak masak pun saya mmg sangat sayang pada mak. Lega dapat berpuasa di kampung selama 3 hari, lepas nie kita jumpa hari raya plak le..
Kepada semua umat Islam, sahabat handai, sanak saudara saya ucapkan " Selamat Berpuasa" semoga kita diberi keberkatan oleh-Nya. Rasa blm terlambat lagi kot kan nak beri ucap he..he..
Hari nie pejam celik , pejam celik dah masuk pertengahan puasa, tinggal lebih kurang 2 minggu saja lagi semua warga kota akan pualang ke kampung...tak sabarnya nak balik kg......oo..ooo.. balik kampung..dan kat bawah nie antara juadah-juadah yg dimasak untuk ramadhan kali ini.

Jalan-jalan hujung minggu...

Alkisahnya cerita nie sebenarnya dah hampir sebulan berlalu. Tapi kenapa dan mengapakah sejak kebelakangan ini semakin malas nak update blog. Dan ku tahu jawapannya kerana facebook la.. habis semua jadi tunggang terbalik, novel byk yg belum dibaca lagi, magazines pun sama.. Huk..huk kena buat time management betul2 nie. Tak kan nak biar blog nie dimamah usia begitu saja... wah ayat yg mmg tak hingat punya.
Hujung minggu mmg kalau tak keluar rumah tak sah le sesangatnya. Boring tau tambahan plak saya nie seorang suri rumah sepenuh masa. Nak le jln2 cuci mata, cuci wallet, cuci minda he..he.. ada ke..?? Kalau plan awal2 sure tak akan jadi punya, last minute chat dgn kak long tanya nak pegi tak Bukit Tinggi masa tue dah pkl 12 tgh. Tanya hubby dia kata ok on, kelam kabut bersiap siaga, bw bekal sikit mana tahu tpt tuekan sejuk sat lagi lapar sapa susah akak juga.. Pkl 1 bertolak dr rumah sebaik Bukit Tinggi tak jauh 1 jam perjalanan dah pun sampai. Nak masuk dia dewasa kena bayar rm 10 dan kanak-kanak rm 8. Igtkan free of charges... tak kisah lah tapi tpt dia mmg cantik sgt. Dpt hirup udara yg segar, kepala pun rasa tenang saja.. hilang seketika serabut semua.Cantiklah bangunan kat sini mcm ala-ala perkampungan Inggeris, unik dan menarik gitu... ramai juga pelawat yg dtg kat sini. Dia terbahagi kepada beberapa bahagian ada taman teh, taman arnab pendek kata jom lah kita layan tgk gambar kat sini dulu....

Thursday, July 30, 2009

2nd TT ex SMVK/SMTK NZ corner

Baru nie sekali lagi perjumpaan bersama-sama ex-schoolmate diadakan kat NZ Wangsa Maju. Organise mlm tue masih orang yg sama En Nazril, best sangat sbb TT kali nie ramai dari yang 1st tue. Mlm tue kebanyakkan yang datang semua senior2 yang sama batch hanya beberapa orang sahaja tapi ada wakil dari utara mlm tue ikut turut serta iaitu pasangan suami isteri Lan & Yan. Meriah sungguh le dari 3 meja dah bertambah sehingga 10 meja. Riuh rendah dengan gelak ketawa.. masing-masing sibuk cerita tentang kehidupan masing2 selepas sek. Baguslah cara mcm nielah dapat mengeratkan kembali silatulrahim antara kawan2 kan. Lepas nie blh kita pegi berjalan2 rmh kawan2 plak. " Berkasih biar 1 , berkawan biar 1000+++"

En Nazril aka admin FB group Ex SMVK/SMTK

Friday, July 24, 2009

Jom makan pulut durian...

Sebenarnya makan pulut durian nie adalah hari yang sama dengan kenduri yang mak buat. Tapi entah macam mana tertinggal plak gambar-gambar nie. So citer dia terlewat sikit yea.. Memang best sangat kenduri hari tue dah le berkumpul semua adik beradik..lepas tue ada plak maksu yang tersangat rajinnya. Dia masak pulut durian memang wallahhh sedap bangat!!.. Sampaikan yang belum pernah makan pun dah bertambah-tambah he..he.. sedapkan.. Buah durian nie arwah tok yang tanam kat belakang rumah, walaupun dia dah tak ada lagi tapi hasil yang ditanam dapat dinikmati semua anak cucu. Sedih bila teringat.. tahun lepas masa musim buah tok masih ada lagi.. sihat walafiat ketika tue. Tiap-tiap hari suruh maksu telefon kat anak cucu selagi tak balik ambil. Agaknya setiap detik dalam hatinya sering teringatkan.. cuma anak cucu aje sentiasa sibuk dengan keja. Nasib baik sempat juga habis masa selama 3 bulan bersama dengannya. Puas le sembang tiap-tiap petang. Hingga ke saat ini hati sering berkata seolah-olah dia masih ada. Rindu yang teramat sangat pada tok. Semoga tok berada disamping org2 beriman dan dicucuri rahmat. Al-Fatihah... Jom kita tengok aksi mereka-mereka yg makan pulut durian... Jangan marah yea...!!!Nanti cepat tua tau.....he..he...he......" WE ARE HAPPY FAMILY"
Paksu Saiful n Maksu Sofia ...sedapnya....
Sedapnya Ayien...
Paksu Imran n Maksu FazilahSukalah tue sebab paksu menang yea...
Ayah, sehingga menjilat jari yummmy....

Sunday, July 19, 2009

Baby Adib

Baby Adib nie anak cousin saya, maknya nama Sheila.. selalu bila balik Penang memang tak pernah berkesempatan nak jumpa. Tapi masa balik baru nie.. mmg puas hati sangat dapat main dengan Adib.. dah pandai senyum, pandai meniarap, mulut pulak tak berhenti-henti nak cakap. Pantang dengar orang sembang tepi dia mulalah nak nyampuk sama. So cute lah Adib nie dengan ada lesung pipitnya. Sayang Adib muaaahhhhhh.. Adib di depan camera..Kalau nak suruh dia senyum ambil pic kena buka flash. Dia cukup tetarik betul dengan cahaya flash, automatik mesti senyum...Aksi-aksi Adib beraksi di depan camera...

Balik ke Kelantan

Selepas saja abis kenduri di Penang, keesokkan harinya terus balik ke Kelantan sebab ayah hubby aka ayah mertuaku masuk hospital. Sian ayah kali ini, habis tangan, kaki, badan jadi bengkak2. Hopefully kami doakan ayah cepat sembuh. Disebabkan balik sekejap saja jadi masa amat terhad untuk aku berjalan kesana sini. Tak adalah menyempatnya nak pegi soping2. Tak pe.. selalu balikkan, he..he.. Sambil lalu sempat le plak tangan pegi snap pic KB mall. Hubby cuti sampai selasa, so ptg selasa tue kita org bertolak dari hospital terus balik ke KL. Habis cuti yang nak ke Bali tue 2 hari Penang, 2 hari Kelantan. Ok kan gitu sama rata he..he..

Friday, July 17, 2009

Bali vs blk kg...

Ramai orang yang tertanya-tanya kenapa dah lama saya tak update blog nie.. macam mana yea nak jawab tapi yang pastinya saya sibuk sangat skg nie. Sibuk apa tue biarlah rahsia yea...Terima kasih kepada yang sudi menjengah blog saya ini, blog yang tak seberapa sekadar hanya unyuk mengisi masa-masa yang ada. Sokongan kalian semua amat saya hargai.
Sebenarnya weekend baru nie, saya dan hubby plan nak ke Bali. Dah lama rasanya tak pergi makan angin jauh-jauh hanya sekadar yang ado saja. Setiap kali nak pergi ada saja halangannya termasuk lah yg baru nie. Halangannya kali nie adalah selsema H1N1.. yang ini memang tak leh nak buat apa lagi.. Kalau kena nanti sapa susah mak juga susah..he..he... kan mak, sayang mak tau. So tiket dah terpaksalah disimpan buat perhiasan.. ( burn pun tak ikhlas..he..he.. sepatutnya Air asia kena bayar blkkan, ini kes kesihatan sedunia) wah dahsyattttt...tak ada rezeki nak buat macam mana. Mungkin ada hikmah disebaliknya, sapa tau lepas nie nak gie makan angin lagi jauh dari Bali..Cewah.. kopak le poket encik hubby saya nanti ;)
Kebetulannya pulak mak ada buat majlis kenduri kesyukuran so yahuuu balik Penang. Rindu tau nak balik Penang.. rindu sesangat. Rindu nak sembang dgn mak n ayah ngan adik.. Rindu dkt all family kat Ptg Kerai dan juga all family kat Bayan Lepas. Dan jugaaa.. rumah kesayangan saya.. Bertolak dari KL selepas hubby balik keja sampai Penang pkl 2 pagi. Itu pun saya yang bawa, kalau idak tak sampai lagi le jawabnya. Hubby dah ngantuk dan suruh berhenti seketika kat Sg Perak.. Tapi malaih le nak tunggu2 lagi dah tak sabar nie nak tgk muka mak. Akhirnya selamat sampai juga alhamdulillah.....
So hari kenduri tue, ramai le sanak saudara, jiran tetangga yang hadir walaupun hujan turun sepanjang hari. Lauk kenduri sedap sangat exspeciallynya acar buah Puan Asiah my mom .. sedap sehingga menjilat jari... mmg tiada tandingannya. Hopefully ilmu tue akan dapat di perturunkan pada anak-anaknya. Jgn lupa tau mak he..he.. Jom kita tgk gambar le plak yea..
Acar buah homemade by my mom

Jemputan menjamu selera