Friday, September 4, 2009

Jalan-jalan hujung minggu...

Alkisahnya cerita nie sebenarnya dah hampir sebulan berlalu. Tapi kenapa dan mengapakah sejak kebelakangan ini semakin malas nak update blog. Dan ku tahu jawapannya kerana facebook la.. habis semua jadi tunggang terbalik, novel byk yg belum dibaca lagi, magazines pun sama.. Huk..huk kena buat time management betul2 nie. Tak kan nak biar blog nie dimamah usia begitu saja... wah ayat yg mmg tak hingat punya.
Hujung minggu mmg kalau tak keluar rumah tak sah le sesangatnya. Boring tau tambahan plak saya nie seorang suri rumah sepenuh masa. Nak le jln2 cuci mata, cuci wallet, cuci minda he..he.. ada ke..?? Kalau plan awal2 sure tak akan jadi punya, last minute chat dgn kak long tanya nak pegi tak Bukit Tinggi masa tue dah pkl 12 tgh. Tanya hubby dia kata ok on, kelam kabut bersiap siaga, bw bekal sikit mana tahu tpt tuekan sejuk sat lagi lapar sapa susah akak juga.. Pkl 1 bertolak dr rumah sebaik Bukit Tinggi tak jauh 1 jam perjalanan dah pun sampai. Nak masuk dia dewasa kena bayar rm 10 dan kanak-kanak rm 8. Igtkan free of charges... tak kisah lah tapi tpt dia mmg cantik sgt. Dpt hirup udara yg segar, kepala pun rasa tenang saja.. hilang seketika serabut semua.Cantiklah bangunan kat sini mcm ala-ala perkampungan Inggeris, unik dan menarik gitu... ramai juga pelawat yg dtg kat sini. Dia terbahagi kepada beberapa bahagian ada taman teh, taman arnab pendek kata jom lah kita layan tgk gambar kat sini dulu....

No comments: