Friday, September 4, 2009

Ramadhan dtg lagi 2009

Alhamdulillah syukur padaMU kerana tahun ini saya berpeluang sekali lagi untuk menyambut bulan Ramadhan dan mengerjakan solat terawih. Seronok kan bila tiap2 kali kita berpuasa, rasa suasananya pun berlainan dgn hari-hari biasa. Inilah diantara nikmat yang diberikan oleh Allah. Kebetulan 1 ramadhan kali ini best sangat sebab dapat berbuka, bersahur dengan family.. dpt plak makan masakan dr air tangan ibu. Fuhhh mmg best betul. Mak siap tanya lagi nak makan hari ini, saya sayang sangat dekat mak...kalau mak tak masak pun saya mmg sangat sayang pada mak. Lega dapat berpuasa di kampung selama 3 hari, lepas nie kita jumpa hari raya plak le..
Kepada semua umat Islam, sahabat handai, sanak saudara saya ucapkan " Selamat Berpuasa" semoga kita diberi keberkatan oleh-Nya. Rasa blm terlambat lagi kot kan nak beri ucap he..he..
Hari nie pejam celik , pejam celik dah masuk pertengahan puasa, tinggal lebih kurang 2 minggu saja lagi semua warga kota akan pualang ke kampung...tak sabarnya nak balik kg......oo..ooo.. balik kampung..dan kat bawah nie antara juadah-juadah yg dimasak untuk ramadhan kali ini.

Jalan-jalan hujung minggu...

Alkisahnya cerita nie sebenarnya dah hampir sebulan berlalu. Tapi kenapa dan mengapakah sejak kebelakangan ini semakin malas nak update blog. Dan ku tahu jawapannya kerana facebook la.. habis semua jadi tunggang terbalik, novel byk yg belum dibaca lagi, magazines pun sama.. Huk..huk kena buat time management betul2 nie. Tak kan nak biar blog nie dimamah usia begitu saja... wah ayat yg mmg tak hingat punya.
Hujung minggu mmg kalau tak keluar rumah tak sah le sesangatnya. Boring tau tambahan plak saya nie seorang suri rumah sepenuh masa. Nak le jln2 cuci mata, cuci wallet, cuci minda he..he.. ada ke..?? Kalau plan awal2 sure tak akan jadi punya, last minute chat dgn kak long tanya nak pegi tak Bukit Tinggi masa tue dah pkl 12 tgh. Tanya hubby dia kata ok on, kelam kabut bersiap siaga, bw bekal sikit mana tahu tpt tuekan sejuk sat lagi lapar sapa susah akak juga.. Pkl 1 bertolak dr rumah sebaik Bukit Tinggi tak jauh 1 jam perjalanan dah pun sampai. Nak masuk dia dewasa kena bayar rm 10 dan kanak-kanak rm 8. Igtkan free of charges... tak kisah lah tapi tpt dia mmg cantik sgt. Dpt hirup udara yg segar, kepala pun rasa tenang saja.. hilang seketika serabut semua.Cantiklah bangunan kat sini mcm ala-ala perkampungan Inggeris, unik dan menarik gitu... ramai juga pelawat yg dtg kat sini. Dia terbahagi kepada beberapa bahagian ada taman teh, taman arnab pendek kata jom lah kita layan tgk gambar kat sini dulu....