Wednesday, February 25, 2009

Apa yang berlaku...tetap akan berlaku...

Hampir 2 minggu lebih aku tak update blog nie. Bukan aku kemalasan, tapi banyak perkara yang berlaku. Selepas aje balik dari Kelantan seperti entry sebelum nie, aku dan hubby balik semula ke sana. Kami stay lebih kurang 1 minggu juga, sebabnya kesihatan ayah mertuaku sedikit terganggu lately nie. So far dah ok sikit, setelah ambil rawatan cara tradisional pulak. InsyaAllah doaku moga semuanya kembali baik seperti sedia kala. Amin..amin..amin..
Erm.. kini dah hampir sebulan pencarian aku untuk jejak kasih kawan-kawan sekolah dah hampir berjaya. Walaupun tak dapat jumpa semua, yang pastinya kebanyakkan tinggal di sekitar Lembah Kelang. Fuh...cayalah cuma masa yang tidak mengizinkan kami untuk membuat satu majlis perjumpaan secara besar-besaran.. Wah ayat meletup gitu. Apa pun sekarang nie kita orang keep in touch, untung juga ada facebook disitulah bermula segalanya.
Alahai sekejap aje dah nak habis bulan February, apa yang aku buat setakat nie????Begitu cepat masa berlalu. Rasanya banyak perkara yang perlu dilaksanakan. Bila?? bagaimana?? Nanti aku fikirkan. Hari nie sambil minum-minum petang dengan hubby dia ada citer tentang ex-officemate dia kat Motorola Penang hampir 30% akan di berikan VSS. Semuanya engineer belaka, sian kan dahlah ekonomi tengah gawat nie. Sah masing-masing ada komitmenkan, walaupun duit dapat banyak tapi kerja belum tentu mudah nak dapat dalam masa terdekat nie. Nasib baik hubby awal-awal lagi dah berundur diri dari situ, tapi pada mulanya hubby nak tukar keja akulah orang pertama tak setuju. Sebabnya, aku dah ada rumah sendiri kat Penang, dekat dengan family dan aku mana pernah berhijrah pegi tempat orang. Tentu semua ambil masa yang lama untuk sesuaikan diri. Tapi setelah apa yang berlaku hari nie, baru aku terfikir setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahNya. Cuma kita tak tahu bila dan bagaimana akan terjadi. Erm.. duit setinggi bukit pun tapi kalau dah ekonomi makin gawat nie dah tak ada maknanya. Untuk buat pelaburan pun keuntungan belum pasti dapat dengan setimpalnya.
Jadi ingatlah sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang ada.
Ukuran tubuhmu tidak penting,
Ukuran otakmu juga tidak penting,
Sebaliknya yang penting adalah "ukuran hatimu".
(Majalah Nur)

Tuesday, February 10, 2009

Bercuti Lagi.....

Start dari hari Khamis aku dgn hubby balik ke Kelantan. Memang kita orang plan nak balik sana minggu nie sebab cuti panjangkan. Tapi hubby dapat panggilan dari kampung katanya ayah masuk hospital sebab tak sihat. So kita awalkan sikit percutian nie. Ayah memang tak berapa sihat sejak kebelakangan nie, sekejap ok sekejap tak. Dulu sebelum ayah sakit, ayah seorang yang ceria, aktif dan rajin memasak.. kalau ramai-ramai balik dia mesti masak special terutamanya nasi beriani. Memang sedap sangat.. tapi sekarang dah lama tak merasa nasi beriani lagi... Kadang-kadang terasa rindu nak makan masakan dia. Aku pun pandai juga masak cuma belum expert macam ayah lagi he..he. Orang lama mesti lah banyak pengalamankan. Ayah, kami semua doakan moga ayah sihat kembali seperti sediakala..amin..amin..amin. Aku dan hubby abiskan cuti kat sana sampai ari Isnin, so semalamlah baru balik. Ayah pun dah keluar hospital, sekarang nie take a rest kat rumah.Best tau kalau balik kampung hubby sebab udara kat sana fresh. Kawasan rumah tue dikelilingi dengan pokok hijau. Kalau bangun pagi, rasa macam malas aje nak mandi, air dia sejuk he..he. Anyway...alhamdulillah kami dah pun selamat sampai kat rumah...
Gambar kat bawah nie dalam bandar Kota Bharu...

Monday, February 2, 2009

Pesta buku Alaf 21...

Semalam aku ajak hubby gie pesta buku Alaf 21. First time aku gie, sebelum nie aku tak berkesempatan almaklumlah busy memanjang. Nasib baik tak ramai orang sangat. Mungkin disebabkan hari terakhir, jadi dah ramai agaknya yang pegi lagi awal. Aku beli 5 buah novel, 6 buah buku resepi, 3 buah buku motivasi. Kalau boleh nak angkut semua tapi aku dah ada banyak koleksi novel yang lain. Jadi beli mana yang tak ada ajelah.Banyak jugalah diskaun dalam 30% tue, selalunya kalau beli kat kedai buku biasa setakat 10% aje. Thanks hubby sebab belanja ayang semalam. Hubby aku pun dah tahu aku nie memang berhantu kalau dengan novel. Tapi aku paling minat dengan novelis Damya Hanna, Aisya Sofea, Anis Ayuni dan beberapa penulis dari Alaf 21. Sanggup tau tangguh semua keja semata-mata nak layan novel sampai habis. Fuhhh layannn....


Citer lagi...

Ini sambungan citer gie KLCC malam tue.. ..Tak kan gie ambil gambar bangunan aje, mana blhkan cameraman N camerawoman pun kena posing juga.He..he, sebenarnya ada banyak lagi gambar tapi setelah ditapis dan dinilai semula cukup itu sahaja...

Ini baru KLCC...

Malam minggu selalunya tak ada aktiviti apa pun selain lepak-lepak minum teh tarik, makan satay kat Keramat tue. Tup-tup lepas aje dinner hubby ajak aku pegi ambil gambar kat KLCC. Apa lagi laju le aku siap-siap nak gie. Nasib baiklah malam tue cuaca cantik bangat. Memang best giler lah.. Aku ingatkan tak ramai yang nak ambil gambar malam-malam buta nie. Rupa-rupanya ramai, macam-macam posing boleh tgk... yang baring, yang duduk... pendek kata janji nampak background KLCC. Ha..ha termasuklah aku ngan hubby tapi tak adalah sampai baring tue.. kalau dah nak baring tue baik tidur kat atas katil di rumah aje. Sodap pun sodap...Aku nie cuma temankan hubby aje, dia nak test camera dgn lens yang baru dapat free tue.Ooops terlebih sudah. Terima kasihlah ayah kerana sudi hadiahkan lens yang boleh zoom jauh tue. Maklumlah menantu hobi sama dengan bapa mentua. Sukalah tue, laling..Kalau nak beli duit sendiri mau RM 700-800 rasanya dan tak dapatlah nak merasa dalam masa terdekat nie. Bukan budget tak cukup, tapi ada benda yang lebih penting buat masa terdekat nie. Alhamdulillah orang kasi kita ambil, rezeki jangan di tolak.Cantiklah gambar yang hubby ambil. Dah semakin terror nampak. Kalau isteri tak puji sapa lagikan laling. Lawa apa gambar kat bawah tue...I likeeee...