Start dari hari Khamis aku dgn hubby balik ke Kelantan. Memang kita orang plan nak balik sana minggu nie sebab cuti panjangkan. Tapi hubby dapat panggilan dari kampung katanya ayah masuk hospital sebab tak sihat. So kita awalkan sikit percutian nie. Ayah memang tak berapa sihat sejak kebelakangan nie, sekejap ok sekejap tak. Dulu sebelum ayah sakit, ayah seorang yang ceria, aktif dan rajin memasak.. kalau ramai-ramai balik dia mesti masak special terutamanya nasi beriani. Memang sedap sangat.. tapi sekarang dah lama tak merasa nasi beriani lagi... Kadang-kadang terasa rindu nak makan masakan dia. Aku pun pandai juga masak cuma belum expert macam ayah lagi he..he. Orang lama mesti lah banyak pengalamankan. Ayah, kami semua doakan moga ayah sihat kembali seperti sediakala..amin..amin..amin. Aku dan hubby abiskan cuti kat sana sampai ari Isnin, so semalamlah baru balik. Ayah pun dah keluar hospital, sekarang nie take a rest kat rumah.Best tau kalau balik kampung hubby sebab udara kat sana fresh. Kawasan rumah tue dikelilingi dengan pokok hijau. Kalau bangun pagi, rasa macam malas aje nak mandi, air dia sejuk he..he. Anyway...alhamdulillah kami dah pun selamat sampai kat rumah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment