Thursday, January 29, 2009

Kondo Vs KLCC

Kalau sesapa yang pernah sampai kat Penang tue turun aje dari jambatan kat area Gelugor mesti nampak kondominium nie. Ini kondominium mewah, yang duduk tue mau semuanya yang tauke-tauke besar. Tapi yang uniknya dia buat bentuk ala-ala KLCC . Ala-ala KLCC tue hanya kat dia punya jambatan aje, yang lain tue tak pastilahkan.Jambatan pun pendek adalah 3,4 langkah. Best ke duduk rumah tinggi-tinggi nie... tak rasa takut ke??? Aku lebih prefer duduk rumah atas tanah aje... buka pintu kaki dah boleh pijak tanah,Yuhuuu.. Rumah tinggi-tinggi nie rasanya orang yang jenis suka tengok-tengok pemandangan nie, pencinta alam kot. Sebab dia boleh nampak semuakan... Aku dulu pun duduk rumah tinggi juga he..he.Anyway semuanya bergantung pada citarasa masing-masing, ada duit semua boleh buat.. NO MONEY, NO TALK!

Tuesday, January 27, 2009

Pearl of orient.....

Tiap-tiap negeri di Malaysia mesti ada tempat-tempat menarik untuk dilawati begitu juga dengan Pulau Mutiara. Negeri kelahiran aku nie, sebenarnya aku sendiri pun masih ada lagi tempat-tempat yang belum sampai. Kalau shopping complex tue habis dah aku jelajahnya dan yang pasti setiap kali balik mesti makan nasi kandar hu...hu.. tak samalah rasa nasi kandar kat tempat-tempat lain. Rasa macam tak ori aje... Jom kita layannnn...

Jom jalan-jalan....

Aku ngan hubby memang tak plan gie mana-mana pun. Macam aku cite awal-awal lagi kalau plan mesti tak jadi punya. Lagipun hubby dah 2 hari demam selsema dan batuk. Ingat duduk kat rumah ajelah. Tapi lain pulak jadinya ari sabtu tue lepas aje lunch kat rumah hubby kata jom siap-siap, kita gie makan angin. Aku tanya nak ke mana, alah ikut ajelah he..he.. nie mesti nak surprisekan. Aik... apasal plak hubby aku bawa gie jalan arah utara. Katanya nak ke arah selatan, mmg ada ura-ura kita orang nak gie Singapore sebenarnya. Tapi entah??... Memang sahlah hubby aku nie nak balik tengok rumah dia. Ok juga tue... lama tak balik tengok rumah sendiri. Tapi aku tak ikut highway, malaslah bukannya ada apa pun. Lagipun time cuti nie mesti jem punya. Kami ikut jalan lama, lalu Kuala Selangor,Sabak Bernam, Setiawan, Lumut.. Ingatkan dah sampai Lumut nak gielah Pulau Pangkor. Alamak ramainya orang. Hotel pun penuh, jadikan teruskan aje perjalanan hingga ke Pulau Mutiara. Jauh perjalanan luas pandangan. Kalau masuk highway mana dapat nak tengok tempat nie. Kalau orang citer pun at least tak adalah ternganga aje. Silap-silap orang tanya mana letaknya Taiping pun tak tahu, apa ingat semua orang tahu ke..ini yang jenis belajar geografi tak abis..... he...he..hu..hu..
Bila ikut jalan lama ingatkan tak banyak keta. Rupa-rupanya banyak juga, ini case takut highway sesak, dan lagi satu nak jimat tol. Yelah sekarang niekan ekonomi pun dah makin teruk. Kena banyak-banyak berjimat cermat. Dan motif utama hubby ikut jalan lama sebab nak ambil gambar , jom kita tengok gambar apa yang ada....

Friday, January 23, 2009

Gambar yang paling suka....


Apa-apa aje......

Hari nie ramai lah yang start nak balik kampung ke.. gie holiday ke. Sebabnya weekend nie semua orang dapat cuti banyak harikan, cuti Tahun Baru Cina. Aku ngan hubby belum lagi plan nak ke mana-mana. Selalunya kalau plan awal nie mesti kureng nak jadi. So apa kata biar masa yang menentukan segala-galanya. Tapi yang mana nak naik kenderaan sendiri mahupun pengangkutan awam tue, hati-hati lah memandu, biar lambat asalkan selamat. Tak lari gunung di kejar, 2,3 hari nie aku asyik aje teringat balik kawan-kawan sekolah dulu. Manalah agaknya pegi depa nie semuakan. Mestilah ada yang kahwin dan ada anak.Erm macam mana yea nak cari.. So aku mulakan operasi dengan menggunakan teknologi yang ada. Apa gunanya kalau ada teknologi canggih tapi tak di aplikasikan. ( Canggih ke???sometimes so lembap...buat naik hangin satu badan) Aku google aje nama-nama yang aku ingat kat dalam kepala nie. Nah... aku dah dapat , contact number yonie, azida, ku azianti, ge'a, effa... so dari depa nie aku dapat contact yang lain pulak. Wah bestnya aku dah jumpa kawan-kawan yang dah sunyi sepi selama 13 tahun. Cuba bayangkan,lama tak lama...Bestnya...Alhamdulillah...
Jadi plan yang seterusnya akan buat satu perjumpaan pulak. Bila, dimana itu masih terlalu awal untuk di tetapkan. Jadi kawan-kawan semua lepas nie kita jangan terputus hubungan lagi.Keep in touch!!!.. kita kasi gegarrrrrr....

Wednesday, January 21, 2009

Merah oh merah.....

Selipar nie baru aje beli kejap tadi .. Bukan apa dah lama dok cari selipar yang jahit manik-manik nie. Bila dah jumpa tue rembat ajelah...hu..hu.. Nie hubby tak tau lagi.. kalau tau mesti kata dah banyak kasut, selipar , sandal yang kat dalam gerobok tue nak buat apa... he...he.." tak pelah yang bukan selalu".... Lagipun yang lama tue dah kureng sikit. Aku nak warna hitam tapi dah abis,colour merah aje yang ada... Merah pun merahlah...... senang sikit boleh nampak dari jauh....So nice...... wallahhhh...

Almond Coklat brownies...


Brownies nie semalam aku buat, dah lama tak makan. Rasa teringin lah pulak. Sekali sekala ubah selerakan, selalu asyik kek aje.... Tanya hubby macam mana, dia kata ok tak manis. Aku pun tak gemar kalau makan makanan yang terover manis. Macam lori gula terbalik. Tapi kadang-kadang tue tak faham kenapalah orang nie suka sangat makan manis-manis... tak cayang badan ke........jomlah cuba.....

Masuk rumah baru....

Citer nie waktu cuti hujung minggu yang lepas tapi, he..he.. mood nak tulis tue kureng sikit. Jadi tersimpan aje kat situ aje.. Adik hubby merangkap aka adik ipar aku ajak gie kenduri doa selamat dan bacaan Ya'sin sempena masuk rumah baru. Dia buat majlis nie lepas solat maghrib. Cantik juga rumah dia, semua perabot colour putih ikut konsep english style. Simple but nice. Lagipun baby pun masih kecil lagi. Barang belum complete sepenuhnya ... Tak pe beli perlahan-lahan survey dulu apa yang patut di beli baru tak membazirkan. Teringat masa aku lepas kahwin dulu macam nielah juga mana nak ada budget beli sekali terus. Segala susah, senang aku dan hubby dapat tempohi. Alhamdulillah....tuelah berkat kesabaran aku dan hubby.
Alahai bilalah pulak nak siap rumah aku yang kat penang tue. Dah lama benar menanti. Kejap kata bulan 12, kejap kata bulan 2. Macam-macamlah... dah naik pusing kapla nie dok pikiaq. Loan dah start bayar. Hopefully kali nie apa yang dikata dapat dikota yea....... Mesti nak tgk gambar dalam rumah diakan. Sorrylah tak sempat plak nak ambil view dalam rumah, yang terselit pun hanya gambar kita orang dok sembang-sembang.

Sembang-sembang

Wednesday, January 14, 2009

Jom jamu selera.....

Ari nie aku terrrrajin sikit, selalunya masak simple-simple aje. Tapi ari nie rasa nak ubah selera sikit asyik makan nasi putih je tiap-tiap hari boring jugakan. So pagi-pagi lagi dalam kepala nie dok plan apa yang nak dimasak. Maka timbullah ilham yang tak disangka-sangka terciptalah menunya nasi serai, tempe goreng bercili, rendang daging palembang, ayam goreng berempah dan ulam salad dgn tomato. Nasi terlupa pulak nak ambil gambar. Tapi yang pasti satu rumah bau wangi aje ari nie. Makan nasi pun bertambahlah. Kalau nak beli mana boleh makan 2, 3 kali dengan harga yang mahal. Mau dapat sejemput aje... he...he.. Masak sendiri kan best. Lagipun kalau nak bagi suami sayang kat kita kenalah masak masakan dari air tangan isteri. Baru berkat rumah tangga. Dulu pun masa aku keja, balik terus aje masak. Tapi masak ala kadar ajelah. Hubby kata janji masak ye yang...... so sekarang bila dah jadi h/wife sepenuh masa lagilah kena masak. Tak gitu hubby... he..he.. kadang-kadang ponteng juga....

Menu ari nie.....


Dan petangnya pulak aku buat chocolate marble cheese cake. Resepi nie ambil dari fp kak Rinchan. Rasanya buat kek nie yang ke 5 ke lebih... Entah tak ingat, tapi yang pasti ini kek favourite hubby. Sedap le buat minum petang dengan air teh. Layan ajeeee....

chocolate marble cheese cake

Monday, January 12, 2009

Aktiviti di hujung minggu...

Fuhh.. seminggu tak di update blog nie. Bukan sebab kemalasan yang melanda tapi ada sebab musabab yang tak dapat dielakkan. Kita hanya merancang..... semalam aku, hubby dan 2 orang adik ipar pegi ke 1 Utama. Buat apa yea.... ha...ha... kita pegi main bowling dengan nengok wayang citer Australia. Citer nie dah lama di tayangkan rasanya start dari Krimas tue. Aku ada menang contest dalam majalah Cosmopolitan dapat 4 keping tiket gold class untuk citer Australia. Sekeping tiket tue RM 40 hinggit tau. Kalau biasa malaih aku nak beli. Beli yang biasa pun dah ok. Tapi bila dapat tue.... alhamdulillahkan.... rezeki namanya. Citer dia lama juga 3 jam, mau kesejukan hampir nak beku kat dalam panggung tue. Layan jugalah citer dia, lagu dia pun best, aku kasi 4 bintang lah...
Balik tue terus gie Kg Baru, tapau nasi nak balik makan kat rumah. Malamnya kita dinner makan Domino's Pizza, boleh tahanlah pizza dia. Perut dah lapar letak apa depan mata pun habis. Order pukul 8.30 mlm kata half n hour sampai, tup..tup 9.20 baru nak mai. Aku call dan buat complain so dapatlah pizza free lagi satu..... sapa suruh sampai lambat. He... he... itulah aktiviti aku ngan hubby sepjg hujung minggu ......

Australia movie

Pusat bowling U-Bowl 1 Utama

Sunday, January 4, 2009

Kenduri Kahwin Firdhouse & Husna

Semalam aku, hubby dan adik beradik hubby serta sanak saudara yang lain di undang ke majlis perkahwinan anak ayah su & mak su di Sri Petaling. Pengantin lelaki nie sepupu hubby, jadi kenalah pegi awal sikit untuk memeriahkan suasana. He..he.. Pada awal pagi tue hujan turun tak berhenti-henti tapi nasib baiklah majlis nie dilangsungkan didalam dewan. So semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah....

Suasana didalam dewanKetibaan pengantin, bagai pinang di belah dua..
Sesi bergambar diatas pelaminAyah su dan mak su, parent pengantin lelaki

Thursday, January 1, 2009

Setahun telah berlalu.......

Setahun telah berlalu, sekejap aje pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru. Tahun 2008 ada banyak kenangan manis dan pahitnya, namun semua itu akan ku jadikan panduan dan pengajaran untuk teruskan lagi perjalanan hidup ini. Banyak azam tahun 2008 yang berjaya di capai, namun ada satu lagi impian yang masih ditunggu-tunggu hingga ke saat ini. Dan bilakah ianya akan berlaku??? Hanya doa sentiasa ku pohon padaMu. Amin...amin... Namun aku tahu setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Dan Engkau sedang menguji kesabaran, ketakwaan hambamu ini.
Kalau pandang bintang dilangit, jangan lupa rumput dibumi..... Kerana tidak ada seorang hamba pun dimuka bumi ini yang sempurna.....!!!!!