Monday, January 12, 2009

Aktiviti di hujung minggu...

Fuhh.. seminggu tak di update blog nie. Bukan sebab kemalasan yang melanda tapi ada sebab musabab yang tak dapat dielakkan. Kita hanya merancang..... semalam aku, hubby dan 2 orang adik ipar pegi ke 1 Utama. Buat apa yea.... ha...ha... kita pegi main bowling dengan nengok wayang citer Australia. Citer nie dah lama di tayangkan rasanya start dari Krimas tue. Aku ada menang contest dalam majalah Cosmopolitan dapat 4 keping tiket gold class untuk citer Australia. Sekeping tiket tue RM 40 hinggit tau. Kalau biasa malaih aku nak beli. Beli yang biasa pun dah ok. Tapi bila dapat tue.... alhamdulillahkan.... rezeki namanya. Citer dia lama juga 3 jam, mau kesejukan hampir nak beku kat dalam panggung tue. Layan jugalah citer dia, lagu dia pun best, aku kasi 4 bintang lah...
Balik tue terus gie Kg Baru, tapau nasi nak balik makan kat rumah. Malamnya kita dinner makan Domino's Pizza, boleh tahanlah pizza dia. Perut dah lapar letak apa depan mata pun habis. Order pukul 8.30 mlm kata half n hour sampai, tup..tup 9.20 baru nak mai. Aku call dan buat complain so dapatlah pizza free lagi satu..... sapa suruh sampai lambat. He... he... itulah aktiviti aku ngan hubby sepjg hujung minggu ......

Australia movie

Pusat bowling U-Bowl 1 Utama

No comments: