Monday, February 2, 2009

Pesta buku Alaf 21...

Semalam aku ajak hubby gie pesta buku Alaf 21. First time aku gie, sebelum nie aku tak berkesempatan almaklumlah busy memanjang. Nasib baik tak ramai orang sangat. Mungkin disebabkan hari terakhir, jadi dah ramai agaknya yang pegi lagi awal. Aku beli 5 buah novel, 6 buah buku resepi, 3 buah buku motivasi. Kalau boleh nak angkut semua tapi aku dah ada banyak koleksi novel yang lain. Jadi beli mana yang tak ada ajelah.Banyak jugalah diskaun dalam 30% tue, selalunya kalau beli kat kedai buku biasa setakat 10% aje. Thanks hubby sebab belanja ayang semalam. Hubby aku pun dah tahu aku nie memang berhantu kalau dengan novel. Tapi aku paling minat dengan novelis Damya Hanna, Aisya Sofea, Anis Ayuni dan beberapa penulis dari Alaf 21. Sanggup tau tangguh semua keja semata-mata nak layan novel sampai habis. Fuhhh layannn....


No comments: