Malam minggu selalunya tak ada aktiviti apa pun selain lepak-lepak minum teh tarik, makan satay kat Keramat tue. Tup-tup lepas aje dinner hubby ajak aku pegi ambil gambar kat KLCC. Apa lagi laju le aku siap-siap nak gie. Nasib baiklah malam tue cuaca cantik bangat. Memang best giler lah.. Aku ingatkan tak ramai yang nak ambil gambar malam-malam buta nie. Rupa-rupanya ramai, macam-macam posing boleh tgk... yang baring, yang duduk... pendek kata janji nampak background KLCC. Ha..ha termasuklah aku ngan hubby tapi tak adalah sampai baring tue.. kalau dah nak baring tue baik tidur kat atas katil di rumah aje. Sodap pun sodap...Aku nie cuma temankan hubby aje, dia nak test camera dgn lens yang baru dapat free tue.Ooops terlebih sudah. Terima kasihlah ayah kerana sudi hadiahkan lens yang boleh zoom jauh tue. Maklumlah menantu hobi sama dengan bapa mentua. Sukalah tue, laling..Kalau nak beli duit sendiri mau RM 700-800 rasanya dan tak dapatlah nak merasa dalam masa terdekat nie. Bukan budget tak cukup, tapi ada benda yang lebih penting buat masa terdekat nie. Alhamdulillah orang kasi kita ambil, rezeki jangan di tolak.Cantiklah gambar yang hubby ambil. Dah semakin terror nampak. Kalau isteri tak puji sapa lagikan laling. Lawa apa gambar kat bawah tue...I likeeee...



Monday, February 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment