Hari nie terover rajin skit, maka adalah menu untuk minum petang. Kalau tak harap faham-faham ajelah makan roti cicah ayaq le jawabnya. Aku ambil resepi nie dalam blog maklang Azie. Sedap sangat tart nie.. rasanya dah kali ke-3 aku buat. Kalau dah start makan memang rasa tak boleh nak berhenti nak lagi dan lagi... He..he.. Dulu aku nie mana reti nak buat semua benda alah nie. Nak makan main beli aje. Tapi sejak 2 menjak nie setelah menjelajah dari satu blog ke satu blog dan fotopages. Rupa-rupanya banyak betul resepi yang menarik dan sedap bangat. Itu yang membuat hatiku nie ingin mencuba. Tambah bersemangat bila sekali buat terus menjadi. Semangat tue datang berkobar-kobar.Wah ayat skemanya... Minggu nie cuti panjang sikit sempena Maulidur Rasul. So far aku dgn hubby tak plan nak gie mana lagi. Dengan musim hujan, tidoq kat rumah lagi syiok he..he.. Tengoklah rasanya dimana kaki nie melangkah di situlah destinasi percutian aku dan hubby. Tapi rindu pulak dekat mak dan family di Penang. Asyik dengar suara aje kat tepon nie. Apa pun kita sama-sama nantikan.....
Tart Coklat badam






No comments:
Post a Comment