Wednesday, April 1, 2009

Berkebun byk manfaatnya ...

Balik rumah mak aku baru nie, terkezut tengok penuh keliling pagar mak ngan ayah tanam cili dengan kacang bendi. Rajin bebenor le mereka nie. Ah! sapa suruh lama-lama sekali nak balik kampung.Minta maaf mak banyak betul perkara-perkara yang berlaku sejak 2 menjak nie. InsyaAllah lepas nie akak rajin-rajin balik yea. Bestlah tengok semuanya dah keluar buah. Siap masak kari utk lunch pun dah boleh petik cili hijau kat pokok, fresh lagi sebab tak letak sebarang racun pun. Makan pun tak rasa was-was. Nampaknya aku pun nak tiru macam mak ngan ayahla, nak kena start berkebun. Sapa kata duduk kat taman perumahan tak boleh berkebun. Macam-macam kaedah ada, cuma rajin dengan malas aje sebenarnya. He..he... Sekarang nie banyak betul makanan yang diletak macam-macam benda, tak tahu halal haramnya, dan juga yang boleh memudaratkan kesihatan. Tuelah pasal sekarang penyakit pelik-pelik yang kita dengar. Sebab itulah aku ngan hubby memang dah jarang makan kat luar lagi. Kalau nak keluar pasti masak dan makan siap-siap kat rumah. Bukannya kedekut, tapi jangka masa panjang kita tak tahu. Mencegah lebih baik dari mengubati. Bila dah kena apa pun dah tak guna. Duit banyak bertimbun tinggi gunung pun dah tak ada maknanya... hu..hu.. So marilah kita berbudi pada tanah, pasti dapat hasilnya. Tak caya tue kat bawah ;)

1 comment:

alzaman said...

Alamak...tergezuutnya ayah dan mak tengok site kebun 'Pak Awang' tuh. Anyway tq kerana mempromosi kebaikan berkebun kepada ramai rakan-rakan kakak. Ari ni mak masak special dan dah tentu cili kebun 'Pak Awang' tuh jadi mangsa...pekhh..SODAP. Marilah kita ramai-ramai ujudkan kebun 'Pak Awang' di kawasan rumah walau pun secara-kecil kecilan.