Wednesday, April 1, 2009

Cousin Wedding...

Hujung minggu baru nie aku ngan hubby balik ke Penang. Dah lama tak balik lebih kurang 2 bulan tau. Lamalah tue... rindu sangat dengan mak n family. Aku bertolak dr KL hari Jumaat lepas hubby balik keja dan stay kat sana sampai hari Selasa. Kebetulannya hari Sabtu tue majlis akad nikah cousin aku yang tinggal kat Sg Petani. Bestlah meriah sekali, alhamdulillah majlis tue berjalan lancar sehingga selesai. Cousin aku nie kahwin dengan orang Kuantan, Pahang. Jauh tue... lepas kahwin nie hari Selasa dah kena balik ke Kuantan sebab dia dapat keja kat sana. Kami doakan semoga kekal bahagia hingga ke akhir dan menjadi seorang isteri yang solehah amin..amin... Aku stay kat sini sampai majlis selesai. Bila time kenduri nie yang best sebab dapat jumpa ramai sanak saudara. Nanti keluarlah macam-macam citer, tapi minta maaf ye tak ada satu yang ke arah buat ketupat ( dosa tau)...He..he.. Semuanya citer tentang life masing-masing. Aku suka make-up dia very natural, nice aje tengok. Tak adalah macam setengah tue make-up bukan main over.. Cuba tgk kat bawah ;)

Tgk apa tue cik kak!!

No comments: