Sejak dari dulu lagi aku gemar sangat membaca, terutamanya novel-novel melayu. Rasanya aku dah mempunyai koleksi yang banyak. Impian aku nak buat satu library bila duduk kat rumah sendiri nanti.Aku selalu dengar orang kata baca novel nie asyik citer dia sama, bercinta, putus cinta, kahwin, cerai dan kebanyakkan berkisar dari kehidupan kita sekarang. Anggapan itu salah sebenarnya,malah ada juga novel yang menyentuh tentang keimanan, keagamaan dan ketakwaan pada-Nya. Tidak sama setiap cerita di terjemah dan di sampaikan yang penting penghayatan si pembaca itu. Apa pun terpulang pada kita semua.Selain dari novel aku ada juga membeli majalah yang harus dibaca tiap-tiap bulan dan juga buku-buku agama untuk menjadikan panduan dalam meneruskan perjalanan hidup ini. Supaya kita sentiasa beringat dan bersyukur pada-Nya dan jangan terlalu leka akan nikmat yang diberi.Banyak sebenarnya panduan yang dapat kita perolehi dengan membaca nie. Pendek kata apa saja buku yang dapat memberi ilmiah pada aku pasti tak ketinggalan untuk perolehinya. Kalau aku masuk aje kedai buku memang tak sah kalau keluar tanpa beli sebuah pun. Tak kisah berapa banyak wang yang telah aku laburkan, tapi yang penting aku beli sesuatu benda yang paling berguna dalam hidup aku. Masa pun tak terbuang begitu sahaja, dan kalau nak tahu dalam handbag aku mesti ada sebuah buku. Dan aku sering tertanya-tanya dah berapa banyak agaknya buku yang telah aku baca hingga ke saat ini. ???? Erm.. yang pasti hujung minggu nie dari 17 April - 26 April nie akan berlangsung Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC. Itu sudah semesti harus aku jejaki. Dah bagitau kat hubby awal-awal lagi. Yea... bestnya..hubby dah bagi duit untuk beli buku. Tunggu yeaaa...


Thursday, April 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment