Sunday, December 14, 2008
Hari Raya Aidiladha.....
Raya Aidiladha tahun nie aku & hubby menjalani ibadah korban bersama-sama keluarga sebelah hubby di Kelantan. 2 ekor lembu telah dijadikan korban pada pagi 10 Zulhijjah tue. Korban nie dilakukan kat belakang rumah mummy di Kelantan. Ramai jugalah yang datang, daging korban tue kebanyakkannya di serahkan pada jiran-jiran, keluarga dan juga pada orang kampung. Untuk rumahnya kita ambil sikit-sikit aje, sekadar untuk rasa sahaja. Aku buat rendang ala2 Penang (ada ke???...) Aida buat rendang hitam ala2 Johor makan pulak dengan nasi , nasi impit dan ketupat. Memang perghhhh lah.......Bila 2 orang menantu turun ke dapur tunjuk skill memasak rendang he... he...


Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment