Jalan-jalan hujung minggu..... aku, hubby, Apis, Sham, Aida N anak-anak pegi makan angin ke Fraser's Hill. Kita org bertolak dari rumah lebih kurang pukul 2.30 ptg ari Sabtu. Nasib baik cuaca ari tue mengizinkan tak macam selalu hujan tiap-tiap petang. Mula-mula jalan okey aje dr rumah sampai ke Kuala Kubu Bharu, lepas tue bila dah mula masuk Ampang Pecah hingga ke Gate nak ke Bukit Fraser's mulalah jalan dia bengkang-bengkok macam ular kena pukul. Teruknya jalan dengan sempit lagi... tepi-tepi banyak gaung. Memang kena bawa keta dengan cermat dan berhemah abis lah...Kepala pun mulalah nak pening semacam aje. Aku rasa jalan Cameron Highland 10 kali lagi ok. Di sebabkan semua orang tak pernah pegi so tak dapatlah nak gambarkan keadaan dia mcm mana. He... he... he... pengalaman tue.....
Selepas dah sampai kat Gate tue kita ingatkan boleh terus aje naik kat atas, rupa-rupanya ada time yang dah ditetapkan. Alahai dah sampai kat situ pkl 4.00 ptg jadi nak naik kena tunggu sampai pkl 5.00 ptg. Keta kena naik or turun sebuah-sebuah aje.... Fuhhh,,.... lama jugalah kena tunggu.... hu...hu..hu..






No comments:
Post a Comment