Thursday, December 25, 2008

Camera Baru saya.........

Hari nie diri aku dilanda demam selesema, abis sakit-sakit satu badan. Bersin tak berhenti-henti, mau rasa nak tercabut hidung nie dibuatnya. Tapi alhamdulillah selesema aje tak demam, so masih boleh aktif le lagi. Cuba kalau demam mau aku berbungkus dengan kain selimut diatas katil jawabnya. Kebetulan ari nie public holiday so hubby cuti le.... itu yang bestnya. Lepas lunch hubby ajak gie Lowyat nak tengok barang komputer. Aku apa lagi dalam dok selesema tue terus mengaku baik. He... he... nak jalan punya pasal.

Tetapi sesampainya disana lain pulak jadinya, pusing kanan, pusing kiri nampak camera idaman kalbu hubby n aku. Semua kedai tulis ari nie special offer sempena Christmas. Bila tanya harga pun lebih kurang aje cuma yang lebihnya barang yang dia kasi dalam pakej tue. So hubby kata ini sudah bagus, kebetulan minggu nie nak gie bercuti ke PD. Kamera yang lama pun dah macam nak hidup segan, mati tak mau. He... he... Kami pun sambar satu..... Dan taraaaaa.....tuelah camera Canon 1000D kami yang baru....




No comments: